Indahnya Dunia Penyusuan - 3 Tips Meningkatkan Penghasilan Susu Badan






#4 Indahnya Dunia Penyusuan - 3 TIPS MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU BADAN

Hai mommies,
Pasti ada satu ketika, mommies akan risau susu badan akan berkurangan kan. Oppps, jauhkan diri dari berfikiran sebegitu. Seeloknya, cuba tips di bawah untuk meningkatkan penghasilan susu mommies2 semua.

1. Ketenangan
Just relax dan tenang. Ketenangan sangat membantu penghasilan susu badan manakala tekanan akan menyebabkan badan sentiasa letih dan lesu seterusnya susu kurang terhasil. Cubalah untuk kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan tenang sepanjang masa. Buatlah sesuatu aktiviti yang menggembirakan anda, pasti anda lebih tenang.

2. Berfikiran Positif
Semua organ badan dikawal oleh otak, oleh itu kita perlu setkan minda dengan perkara2 positif dan jauhi perkara negatif. Yakinlah bahawa susu badan si ibu sentiasa mencukupi untuk si bayi. Apabila kita berfikiran positif, otak akan menghantar isyarat ke kelenjar payudara untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dan melancarkan pengeluaran susu badan. Sentiasalah berfikiran positif kerana ianya telah terbukti sangat berkesan membantu ibu2 diluar sana meningkatkan penghasilan susu badan.

3. Permintaan & Bekalan (Supply & Demand)
Faktor terpenting yang perlu difahami ialah permintaan & bekalan. Badan akan menghasilkan susu dalam kadar yang mencukupi bagi setiap bayi yang baru lahir sehingga berumur 2 tahun. Dari masa ke semasa, apabila bayi semakin membesar, permintaan susu semakin meningkat. Badan secara automatik meningkatkan penghasilan susu selari dengan permintaan. Oleh yang demikian, sentiasalah menyusukan bayi anda sekerap yang mungkin pada setiap hari. Jangan sesekali skip atau tidak menyusukan bayi walau sesibuk manapun kita pada hari tersebut. Jika anda sudah mula bekerja dan berjauhan dengan si bayi, pastikan anda mengepam & menyimpan susu setiap hari mengikut jadual dan ke sesuaian masa kerja. Pengeluaran susu yang berkala memastikan badan dapat menghasilan susu secara berterusan.

Sharing is caring (",)
Happy breastfeeding!
Berikan yang terbaik untuk si comel anda!

BERMINAT UNTUK DAPATKAN SET MENYUSU SHAKLEE?
Hubungi 012-7277609 (SMS/Whatsapp)
Your Shaklee Independent Distributor

Indahnya Dunia Penyusuan - Breastfeeding "Good for baby, good for mom"


#3 Indahnya Dunia Penyusuan - Breastfeeding - "Good for baby, good for mom"


Wanita yang menyusukan bayi dengan susu ibu boleh mengurangkan risiko:
- Kanser payudara dan kanser ovari
- Patah tulang di usia emas
- Pengekalan lemak semasa hamil yang mungkin
menyebabkan obesiti selepas bersalin
- Anemia akibat pengecutan uterus yang lemah dan
kedatangan haid yang awal
- Jarak kehamilan yang singkat
- Wanita yang menyusukan bayi dengan susu ibu boleh membina
hubungan rapat dengan bayi mereka

Bayi yang diberikan susu badan dapat mengelakkan daripada:
- Necrotising enterocolitis dikalangan bayi yang dilahirkan
pramatang
- Jangkitan pada saluran pernafasan seperti batuk dan selsema,
- Jangkitan pada usus seperti cirit - birit dan jangkitan pada
saluran kencing
- Alahan pada kulit seperti eczema dan atopic
- Tahap perkembangan dan pencapaian pendidikan yang agak
rendah
- Mendapat jangkitan telinga (Otitis media)
- Obesiti diusia kanak- kanak
- Mengalami juvenile onset insulin dependant diabetes mellitus
dikalangan keluarga yang mempunyai masalah ini
- Berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
pada usia yang lebih muda
- Kematian bayi dan kanak - kanak diusia muda



BERMINAT UNTUK DAPATKAN SET MENYUSU SHAKLEE?
Hubungi 012-7277609 (SMS/Whatsapp)
SaA
Shaklee Independent Distributor 

Indahnya Dunia Penyusuan - Saiz Perut Baby



#2 Indahnya Dunia Penyusuan - Saiz Perut Baby


 Mommies,
Jangan risau jika susu kita sikit,
Jangan kecewa jika susu kita tak melimpah ruah macam orang lain,
Jangan sedih jika stok susu kita tak penuh peti ais macam orang lain,

Ketahuilah,
Jumlah susu yang dihasilkan memadai dengan saiz perut baby,

Yakinlah,
Susu yang dihasilkan sentiasa cukup untuk baby kita,
Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain,
Yang penting yakin diri,
Bahawa kita adalah ibu yang terbaik,
Yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak2 kita.

Happy breastfeeding (",)


BERMINAT UNTUK DAPATKAN SET MENYUSU SHAKLEE?
Hubungi 012-7277609 (SMS/Whatsapp)
SaA
Shaklee Independent Distributor

Disclaimer

Segala testimonial/penulisan tentang produk yang dikongsi dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca/pengunjung yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan.

Order Form

Name:
Email Address:
Address:
Poscode:
H/Phone No:
Item Code/Item name/Quantity:
Alternative item code/item name if above item not available:
Payment method : Maybank
CIMB
Bank Islam
RHB
Payment time:
I agreed that my order will be disregarded if I don't make any payment after 48 hours of confirmation received from Beauty Health. Yes

Create a web form here
 
Beauty Health with Shaklee © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops