#4 Indahnya Dunia Penyusuan - 3 TIPS MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU BADAN
Hai mommies,
Pasti ada satu ketika, mommies akan risau susu badan akan berkurangan kan. Oppps, jauhkan diri dari berfikiran sebegitu. Seeloknya, cuba tips di bawah untuk meningkatkan penghasilan susu mommies2 semua.
1. Ketenangan
Just relax dan tenang. Ketenangan sangat membantu penghasilan susu badan manakala tekanan akan menyebabkan badan sentiasa letih dan lesu seterusnya susu kurang terhasil. Cubalah untuk kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan tenang sepanjang masa. Buatlah sesuatu aktiviti yang menggembirakan anda, pasti anda lebih tenang.
2. Berfikiran Positif
Semua organ badan dikawal oleh otak, oleh itu kita perlu setkan minda dengan perkara2 positif dan jauhi perkara negatif. Yakinlah bahawa susu badan si ibu sentiasa mencukupi untuk si bayi. Apabila kita berfikiran positif, otak akan menghantar isyarat ke kelenjar payudara untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dan melancarkan pengeluaran susu badan. Sentiasalah berfikiran positif kerana ianya telah terbukti sangat berkesan membantu ibu2 diluar sana meningkatkan penghasilan susu badan.
3. Permintaan & Bekalan (Supply & Demand)
Faktor terpenting yang perlu difahami ialah permintaan & bekalan. Badan akan menghasilkan susu dalam kadar yang mencukupi bagi setiap bayi yang baru lahir sehingga berumur 2 tahun. Dari masa ke semasa, apabila bayi semakin membesar, permintaan susu semakin meningkat. Badan secara automatik meningkatkan penghasilan susu selari dengan permintaan. Oleh yang demikian, sentiasalah menyusukan bayi anda sekerap yang mungkin pada setiap hari. Jangan sesekali skip atau tidak menyusukan bayi walau sesibuk manapun kita pada hari tersebut. Jika anda sudah mula bekerja dan berjauhan dengan si bayi, pastikan anda mengepam & menyimpan susu setiap hari mengikut jadual dan ke sesuaian masa kerja. Pengeluaran susu yang berkala memastikan badan dapat menghasilan susu secara berterusan.
Sharing is caring (",)
Happy breastfeeding!
Berikan yang terbaik untuk si comel anda!
BERMINAT UNTUK DAPATKAN SET MENYUSU SHAKLEE?
Hubungi 012-7277609 (SMS/Whatsapp)
Your Shaklee Independent Distributor
0 comments:
Post a Comment